Sabtu, 3 Oktober 2015

SEJARAH SEKOLAH SJK(T) LADANG VICTORIA

                                       SEJARAH SEKOLAH SJK(T) LADANG VICTORIA 



SEKOLAH LADANG VICTORIA telah dibina pada tahun 1947 dengan usaha pihak pengurusan ladang dan merupakan sekolah luar Bandar. Pada mulanya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini dijalankan dalam bangunan tanpa bilik darjah. Tetapi pada tahun 1961 sebuah bangunan baru telah dibina dengan kerjasama dari ibu bapa bagi menampung pertambanhan bilangan murid yang semakin bertambah.
Sebuah bangunan lagi kemudiannya dibina pada tahun 1976 dan siap pembinanya pada tahaun 1978. Dengan keluasan tanah 1.5 hektar dan bangunan yang mencukupi maka sesi persekolahan dijalankan pada waktu pagi sahaja.
Selaras dengan perkembangan pesat bangunan negara, semakin ramai ibu bapa telah sedar akan tanggunjawab mereka memberikan pendidikan kepada anak-anak. 
Sehubungan dengan itu, sekolah ini turut mengalami bilangan pertambahan
murid. Bagi menampung keperluan itu bangunan baru telah dibina atas
usaha pihak PIBG dengan sekolah dan dirasmikan pada 29.08.1991 oleh YAB
Tan Sri Dato Sri Haji Osman bin Hai Aroff, Menteri Besar Kedah D.A.
Sekolah ini juga telah dinaikan grednya ke gred A pada tahun 1994.
Terdapat 12 kelas bagi tahun 1-6 yang dijalan kan pada sesi pagi dengan
jumlah murid seramai 248 orang,m 23 tenaga pengajar serta 4 orang
kakitangan.  




Tiada ulasan:

Catat Ulasan